:)

Monday, June 6, 2011

Tahukah kamu Anak Muda


Tubuh mereka...
yang lemah kerana berpuasa
meninggalkan pembaringan
untuk bertahajjud sepanjang malam,

Tidak sekali-kali melemahkan,
Ruh perjuangan I'zzahkan Islam..
Mereka mulia dengan Islam
Dan islam pula memuliakan mereka!

ketika tubuh mereka dilapah?
Mereka Rela!

Dicincang?
Mereka Suka!

Ditusuk besi-besi yang akan kembali menusuk kafirin-kafirin di dalam neraka
Mereka Gembira!



Mengapa begitu?
Semata-mata
Mereka inginkan syahid..
rindukan Jannah

Sedangkan Rasulullah menunggu mereka 
Dengan pelukan dan air mata gembira
Di sana..

Ayuh anak muda
siapkan dirimu seperti Putera Habsyi,
yang tidak sempat kembali mengucup tangan Nabi,
memberitakan kemenangan di Balqa dan Darum

Jua Seperti Ibnu Abbas,
Ulama' ahlil Bait sepupu Nabi,
dan mereka yang telah membeli Jannah,
dengan Dunia yang akan ditinggalkan ini...
Ayuh bangkitlah!!



فتشبّهوا ان لم تكونوا مثلهم ان تشّبه بالكرام فلاح

Berkata penyair arab :
‘’ contohilah (mereka yang berjaya) sekalipun tidak smpai sepertinya. Sesugguhnya dengan mencontohi orang mulia (dengan kejayaan) akan membawa kejayaan (buatmu).

Di sini ingin saya membawa sedikit dari kisah sahabat yg memperjuangkn agama islam tercinta dengan pengharapan mampu terasa sebak di hati-hati ini.

  Saat Rasulullah sedang gering di pembaringan , usamah bin zaid Al-Haritsah semakin hiba dan gundah gulana jiwanya ketika mengetuai Operasi keamanan di Selatan Wilayah Palestin (balqa' dan Darum). Andai mampu beliau pulang, itulah perkara pertama yg akan dilakukannya. 

  Berkaca-kaca matanya diselebungi perasaan sedih itu.Takut untuk mengingkari arahan Baginda. Namun kesedihan itu tidak sama sekali mematahkan semangatnya untuk menakluki wilayah itu. Malah merancang dengan lebih taktikal dan sistematik bagi memastikan tertegaknya panji-panji Islam. Mereka perindu Syahid sentiasa inginkan Syahid. Kita bagaimana?

  mereka terus masuk dan bertempur dengan Gah nya sedangkan Di madinah seluruhnya sedang sedih,pilu jika ada perkataan lebih dari sedih ingin saya letakkannya tapi yang hanya saya mampu gambarkan sahabat-sahabat bagaikan tidak percaya Rasulullah sedang tenat

  Semakin pertempuran itu berlangsung. Sinar-sinar kemenangan mulai memancar dari muka2 para syuhada' dan para solihin itu. 

  Lalu diberitakan kepada mereka akan kewafatan Rasulullah kekasih Allah itu..mereka menangis kerana tidak dapat mencium tangan Baginda memberitahu akan kemenangan mereka itu

   Allah telah mentakdirkan kepada mereka bahawa misi keamanan mereka kali ini merupakan misi keamanan pertama di bawah pemerintahan Abu Bakar..

  Dengan penaklukan ini menjadi pintu kepada penyebaran islam ke Wilayah Syam, Afrika Utara, Palestin sehinggalah ke sempadan dunia yang tiada penghujungnya.

   Usia Usamah ketika itu baru mencecah 20 tahun . Subhanallah hebatnya..sudah berjaya menyumbang untuk Islam..dan kerana itu usamah dimuliakn kerana memuliakn Islam..

sahabat perlukah kita menanti tua mengusai diri ini??
bila tua baru terasa ingin menyumbang untuk islam..
renungkan lah..
   

1 comment:

  1. "Untuk mencatur sesuatu yang luar biasa kita tidak perlu menjadi hebat.
    Namun kita perlu melalui tahap yang biasa untuk menghasilkan sesuatu yang hebat.
    Tidak ada yang lahir terus menjadi hebat kecuali manusia pilihan Tuhan. Setiap khalqillah perlu melalui tahap biasa untuk menjadi hebat. Apa yang penting biarlah perkara luar biasa yang terhasil itu benar-benar berguna dan bermanfaat."

    (Akhi Ahmad Syukri, Mujahid Islam)

    ReplyDelete