:)

Monday, June 6, 2011

Jiwa mu tunduk pada nafsumu


Siapa bersahabat dengan orang yang lemah
Dia tidak mampu menilai diri sendiri
Celikkan akal serta mindamu
Ingin hebat carilah kehebatan

Tungganglah akan keazaman
Jangan ikut nafsu mu itu
Penghalang kehendak asal diri ini

Tidak lah hadir rasa cukup
Bagi sungguh-sungguh mereka itu
Dek suka akan pujian
Pabila dipuji
Terserlah riak egoisnya



Bukan mudah
untuk menahan marah dalam diri
tika api sedang seronok bergelora
maka usahlah dibawa bincang saat itu
kerana perkhabaran-perkhabaran mereka
hanya berlandaskan nafsu semata-mata

gelak ketawa
berhibur anak muda di lorong-lorong itu
sedangkn musuh sedang menghampiri hati-hati mereka
menikam tajam sedikit demi sedikit

sungguh takabbur dan angkuh
akan takhta dan jawatan yg disandangnya
takut malu melafazkan maaf
maka eloklah kambing berdiri atas bibirnya

serkap jarang tanpa usul periksa
perasaan hasad dengki
melanda jiwa dan kalbu
iri hati akan kehebatan jemaah lain
tidakkah matlamat kita sama
jika anda kaji

menyeru lembing segala
seolah-olah meletak tali kuda di perigi
dan penuh semangat menunggangnya
tidakkah itu sia-sia

jika azam mu itu lurus
maka pandu lah pada jalan yang benar
natijahnya kamu bakal lihat
musuhmu terpercik darahnya
dari dada-dada mereka
tanpa dikau sedari

No comments:

Post a Comment