:)

Tuesday, August 2, 2011

Lambaian Bicara Hikmah



Kata ibarat pisau menikam
umpama panah yg menusuk  sanubari
sekilas petir memancar lajunya
ibarat pedang yang tajamnya
tiada mampu lawan itu berbuat apa-apa


Kata  mampu menipu akan keikhlasan hati
Bisa memutar belitkn ideologi fahaman perwira
bisa mengucar-kacirkan ukhwah islamiah
jua mampu menakluki dunia
andai mereka tahu



Kata mampu buatkan mereka semangat dan hebat
Saat kata-kata itu digenggam padu
Kata jua mampu menguris hati serta perasaan
Saat kata-kata itu sangat halus tajamnya
Kata mampu buatkan mereka sedih dan tertawa
Saat kata-kata itu mendominasikan dunia realiti



Kata umpama pergambaran personaliti pujangga itu
umpama refleksi misteri akal di sebalik pemikirannya
hanya jauhari mengenal manikam
Kata kehormat disanjung tinggi lagi mulia

Kata merupakan wadah dakwah
Kata berhikmah umpama Nur buat pembaca
umpama senjata di saat genting
umpama bertempur di medan perang tanpa jasadnya
hanya jauhari mengenal manikam
hanya diri itu mengenal ape isi hatinya
Kata yang lalu , sekarang  dan menanti tiada pasti


Nabi s.a.w. telah bersabda:

Tidak akan lurus keimanan seorang hamba, sehingga lurus pula hatinya, dan tidak akan lurus hatinya, sehingga lurus pula lidahnya. Dan seorang hamba tidak akan memasuki syurga, selagi tetangganya belum aman dari kejahatannya.” 



      Assalamualaikum....ahlan ya ramadhan kareem...sudah lama saya tidak berbicara di blog ini...dek kerana sebuk IMTIHAN akhir perubatan tahun 2 yang sudah selesai beberapa minggu lalu...:)


    Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk mengarang beberapa karya buat pedoman diri yang lemah ini serta semua pembaca. Sesungguhnya agama Islam itu tidak akan lengkap sekiranya umatnya tidak saling bertegur dan menasihati.


    Persoalannya...????


   Adakah seseorang individu itu mampu menyusun tutur kata dengan moleknya untuk menasihati sahabatnya ? 


 Adakah sahabat yang ditegur itu merupakan seorang yang berlapang dada menerima teguran?.


 Ketahuilah manusia itu mempunyai hati serta perasaan yang berbeza-beza. Perdebatan dalam konflik hati ini perlu disusuli dengan ucapan serta idea penuh berhikmah. Penyerapan isu perubahan juga perlu lebih penelitian supaya penerimaan tidak terbantut.



   sebagai contoh, seorang cikgu telah meletakkan gambar sebiji epal ini dihadapan dan pelajar-pelajar diminta untuk meluahkan apa sahaja yang terbuku di hati melalui imej yang dilihat.


1. Buah epal
2. Merah
3. rezeki Allah
4. Bulat
5. Simbol ketenangan


dan banyak lagi pergambaran yang kita mampu coretkan melalui imej ini. Sebuah pendapat itu tidak semestinya sama dengan individu lain. Tapi yang manisnya adalah jika semua pendapat ini dikumpulkn, dan titik pertemuan diketengahkan . Maka sebuah idea yang baru dapat dirangka berdasarkan buah fikiran yang telah dikombinasikan menjadi satu suara. Manis bukan tindakan sebegitu seperti manisnya kurma..:D


    Ala Kulli Hal, sebelum melalukan sebarang perbuatan dan juga percakapan mestilah berfikir dengan sehabis baik demi menjaga kemaslahatan individu muslim dan masyarakat sejagat. Daie' yang hebat adalah daie' yang berhikmah dalam berbicara.


~biarpun jalan mereka ke masjidil haram itu berbeza-beza, namun pasti mereka akan berjumpa di hujungnya yakni kaabah kerana matlamat mereka sama, cuma jalan sahaja yang berbeza-beza~