:)

Saturday, April 30, 2011

Sayunye Hati Saat Injeksi Maksima Bermula

Yakinku pada rahmatMu..Tangisku akan petunjukMu..Takutku akan seksaanMu..Mohon dariMu Ya Rabb buatku dan juga sahabat2 islamku

La Tahzan inna Allaha Ma'anaa

Cukuplah...
kusimpan semua ceritaku
yang dulu


Tentangku...
tentang apapun yang membuatku
tiada bererti


Di Persimpangan aku...
berdiri
membisu
harus kuputuskan
kemanakah ku melangkah...


Jangan lagi
usikku meski aku tak tau
kemana lagi aku berlari
kejar harapan
yang sempat mengelam
biarkanlah
kuhidup dengan nafas yang baru
nafas yang menyimpan kedamaian
di persimpangan
aku berdiri


Cukup kemarin kutinggalkan
kelamku...
tentangku
dan masa lalu yang membuatku
tiada bererti

lirik 'di persimpangan aku berdiri' ~edcoustic~ sungguh mendamaikn jiwa yg bolak-balik ini...

Ya Allah 
mohon hidayahMu agar istiqamah hati ini
wahai jiwa yang berbolak- balik ini
sesungguhnya dugaan itu muncul tiba 
kerana ingin menguji sejauh mana tabahnya hati
tabah serta syukur dengan segala nikmat serta kesukaran

Alhamdulillah
agar diri yg ku bina ini
diri yg berjuang ats jalanMu Ya Rabb
Bukan kerana harta,wanita serta pangkat di mata dunia
izinkn ku Ya Rabb 
izinkn daku hamba yang lemah ini
menggunakn tubuh badan yang merupakan pinjaman 
untukku berbakti terhadap agama islam
agama yang di bawa oleh KekasihMu
Kekasih yg tiada kenal erti putus asa

Mampukah
mampukah aku menjadi seperti Seorg Rasul yang hebat
qudwah hasanah sepanjang zaman
ohhh
terlupa rasulullah berpesan berpegang teguhlah
akan Al-quran dan Sunnah Baginda
Sehebat mana ombak membadai
nakhoda bersama anak-anak kapal pasti

pasti ape?
pasti mmpu mengharungi dengan nikmat islam di hati
mengharungi dengan nikmat iman di hati
dengan penuh rasa gembira dan tenang
kerana ape

kerana Allah telah berjanji dalam kalamnya
Dan khabarkanlah berita gembira kepada orang yang sabar
sabar dek ape?
sabar dalam proses pentarbiyahan diri serta mentarbiyah
sabar dalam membawa agama ini
sabar menanti hari itu
terus dan terus 
istiqamah
~biiznillah~

Saturday, April 9, 2011

Nakhoda Bakal Berlayar Di Jalan Yang Sebenar

Alhamdulillah ..syukur ya Allah masih diberikan peluang untuk menghirup udara Mu tanpa bayaran ini , berjalan di atas muka bumi Mu tanpa bayaran , melihat alam ciptaan Mu yg indah ini tanpa bayaran




 وَآيَةٌ لَّهُمُ الْأَرْضُ الْمَيْتَةُ أَحْيَيْنَاهَا وَأَخْرَجْنَا مِنْهَا حَبًّا فَمِنْهُ يَأْكُلُونَ ﴿33

Dan dalil yang terang untuk mereka (memahami kekuasaan dan kemurahan kami), ialah bumi yang mati; kami hidupkan dia serta kami keluarkan daripadanya biji-bijian, maka daripada biji-bijian itu mereka makan.




masih diberikan rezeki iaitu sumber makanan serta minuman yg dihasilkan oleh tumbuh-tumbuhan mahupun binatang ternakan..sekali lagi tanpa bayaran ya Allah..cukup besar nikmat Mu terhadap hamba Mu ini..masakan kami di sini masih tidak mensyukuri nikmatMu ya Allah..Ampunkan dosa hambaMu sekalian alam kerana terlupa dan leka akan nikmat yang sebenarnya datang dari zat Kebesaran dan Kekuatan Mu itu..



 لِيَأْكُلُوا مِن ثَمَرِهِ وَمَا عَمِلَتْهُ أَيْدِيهِمْ أَفَلَا يَشْكُرُونَ ﴿35
Supaya mereka makan dari buah-buahannya dan dari apa yang dikerjakan oleh tangan mereka; maka patutkah mereka tidak bersyukur?




marilah sama2 kita lafazkan rasa syukur ats nikmat Allah yg tiada tolok bandingnya Ini..:)


Deras air mata kesedihan
Bertemankan jiwa pilu sepi
Hati luluh hilang sinaran
Terumbang ambing di persimpangan ini

Dinoda oleh hawa nafsu
kegelapan menyelebungi

bisikan fitrah sanubari
kembalilah semula wahai diri
ke jalan yang benar lagi hakiki

Ya Allah,
Tangis keinsafan
ku persembahkan
Sujud dalam kerendahan
Mengharap keampunanmu

Hamba kerdil ini
Merayu dan memohon
Perkenankan lah
Semoga diri ini menuju
Jalan itu..

~smart2neurons~


 [11]
Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.


menurut ayt di atas..:)
part yang perlu kita tekankan adalah di mana Allah berfirman

                                        إِنَّ اللّهَ لاَ يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنْفُسِهِمْ
" sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri "

Allah menjadikan adanya perubahan keadaan, yang baik mahupun yang buruk, pada suatu kaum dengan sebab yang diusahakan oleh kaum itu sendiri. Jika suatu kaum dalam keadaan baik, penuh dengan kenikmatan, kemudian mereka melakukan sesuatu yang menyebabkan hilangnya kebaikan tersebut, maka Allah akan merubah keadaan mereka menjadi buruk dan sengsara, dan demikian pula sebaliknya.

Ketahuilah pintu taubat Allah itu masih terbuka hatta kiamat itu tiba. 'So' :D tnggu ape lagi sahabat2 mari kita berubah dan ajak kawan2 kita sekali. takkan nk masuk syurga sorang2 kan sama juga konsepnya mcm dlm pelajaran..masakan boleh melihat kawan satu universiti kita sedih kerana terpaksa mengulang tahun sedangkan kita berjaya..





Syaikh al Albani berkata,"Di antara perkara yang disepakati, tanpa ada perselisihan di antara kaum Muslimin '–wa lillahil hamdu-' bahwa makna jika kamu menolong agama Allah, adalah jika kamu mengamalkan apa yang Allah perintahkan kepadamu, nescaya Allah akan menolong (memenangkan) kamu atas musuh-musuhmu.”

insya-Allah kapal ku bakal berlabuh di perhentian yg kekal lagi abadi..maka sebelum itu..wahai anak2 kapalku mari kita persiapkan diri menempuhnya dengan tabah dan sabar berlandaskan ilmu serta peta yg dibekalkan


Thursday, April 7, 2011

Kasihku Buat Bonda

Ibu…
Sekilas wajah senyumanmu
Hadir dalam benak ingatanku
Bayanganmu mengusik jiwa
Sepinya hari-hari ku tanpa teguranmu

Izinkan lamunanku merasai belaianmu
Izinkan anakanda mencium tgnmu
Namun ternyata wahai hati yg penuh rindu
Mimpiku hanya sekadar khayalan

Ibu,
Bagaikan baru semalam 
Terdengar panggilan namaku dari bilikmu
Hakikatnya peristiwa itu 6 tahun lalu

Dinihari aku wahai ibu
Ketiadaanmu di sisi
Bukan lah penghalang utk ku teruskn
perjuanganku masih jauh di hadapan
cume bezanye anakanda lalui tnpe kata2 smgt darimu

ibu..
masihkah ibu ingt..
dulu mse ibu kucup dahi sebelum antar ke asrama
ibu salu pesan
‘anakku besar nnti jadilah org menyenangkan org lain
Dan jgn sama sekali menyusahkn org laen’
Anakanda semat smpai skrg ibu

Ibu-ibu..
Ingt tak ibu salu ckp
‘anakku sorang ni mesti kahwin awal’
Maafkn anakanda ibu
Majlis nnti ibu xde bersama

Ibu..
Walaupun jasadmu sudah tidak lagi berpijak di alam nyata
Namun semangatmu ku bawa smpai akhir hayatku
Salam sayang buat ibu tercinta
Engkau lah wanita yg paling aku cintai
Doa ku moga rohmu dicucuri rahmat Allah
~amin~

Tribute buat bonda tercinta