:)

Wednesday, November 24, 2010

Ya Allah, aku beristikharahkan Engkau dengan ilmu-Mu

 Sini ingin saya berkongsi hadith yang berkait rapat dengan perkara yg sering kita lakukan, yakni beristikharah.


“Hadith yang dikeluarkan oleh al-Bukhari di dalam Sahihnya dengan sanadnya daripada Jabir radhiyallaahu ‘anhuma, beliau berkata:

Daripada Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam Baginda bersabda:
Apabila sesiapa daripada kalangan kamu diberatkan oleh sesuatu maka hendaklah dia Rukuk dengan dua Rukuk (mengerjakan Solat dua rakaat) yang selain daripada Solat yang Fardhu (yakni mengerjakan Solat dua Rakaat dengan niat Istikharah).
Kemudian hendaklah dia berdoa: Ya Allah, aku beristikharahkan Engkau dengan ilmu-Mu dan aku juga memohon ketetapan dengan ketetapan yang bersandarkan kurniaan-Mu yang Maha Agung. Engkaulah yang Maha Menetapkan sedangkan aku tidak mampu untuk menetapkan. Engkau Maha Mengetahui dan aku pula tidak mengetahui. Engkaulah yang Maha Mengetahui akan perkara-perkara yang tersembunyi. Ya Allah, jika pada ilmu-Mu sesungguhnya urusan ini – harus disebut hajat tersebut atau cukup sekadar meniatkannya kerana Allah Maha Mengetahui akan hajat itu – adalah baik untukku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku (kini dan datang), maka tetapkanlah ia untukku dan mudahkanlah ia bagiku. Kemudian berkatilah bagiku di dalam pilihan ini. Dan andaikata pada ilmu-Mu sesungguhnya hal ini adalah buruk bagiku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku (kini dan akan datang), maka hindarkanlah ia daripadaku dan hindarkanlah aku daripadanya. Tetapkanlah bagiku kebaikan dan jadikanlah aku redha dengannya.

Selamat mengamalkannya bersama-sama ye..:)

Sunday, November 21, 2010

Melodi pertamaku..

alhamdulillah..alhamdulillah...alhamdulillah..

Rasa syukur dan gembira yang teramat kerana akhirnya 'kalamku bermunajat' ini bermelodi akhirnya. terima kasih byk2 kat ustaz kite tu telah byk menolong dalam mencari irama yang sesuai dengan lirik yg sedia ada. Di kesempatan ini, ingin saya menceritakan sedikit sejarah lirik ini. Pada awalnya, saya mula memikirkan untuk mereka sebuah sajak atau puisi. Namun saya tidak terdaya untuk menulis kata-kata berhikmah bawah tajuk 'kalamku bermunajat melodiku berpautan'.Lalu ilham muncul, dengan izin Allah saya mendapat idea untuk memberikan kepada kawan saya (junior zaman persekolahan dulu) untuk menulis apa2 ayat sekalipun di bawah tajuk tersebut. Beliau merupakan seorang insan yang berhati seni dan puisi2 serta sajak2 yg direkanya abis mantap dan tidak jemu dibaca berulang kali. dengan itu tercipta la sajak beliau :-

Tika bisu malam mengunci lena,
ku lagukan perlahan nama-Mu Tuhan,
ku mainkan tasbih di tangan,
sesungguhnya Engkau pemilik segala kesempurnaan,
dan aku cuma hamba
yang sering khilaf meletak sasaran.

Kasih,
dingin zulmat ini,
ku sujud rendah diri tanpa siapa menemani
sunyi..
Dan ku yakin kau melihat sendiri,
betapa alam yang jadi saksi,
betapa angin yang jadi melodi,
pada kalamku yang bermunajat tak berhenti,
memohon merayu cinta Ilahi,
mengisi ruang cela hati,
yang sering kecundang sebagai abdi.

Kasih,
jujurku harapkan maghfirah-Mu,
mengawasi tiap langkah perjalananku,
ikhlas ku dambakan rahmat-Mu,
menjaga tiap gerak tingkahku.

Pada dada malam,
ku relakan tangis berlagu,
kerana airmata inilah bukti,
saksi rasa celaru sekeping hati,
dan Engkau satu-satunya tempat ku bercerita mengadu,
tiada dua, cuma SATU..



yang menjadi idea kepada saya untuk mencipta lagu ini dan hasil adaptasi sebahagian dari sajak beliau tercipta la lirik lagu 'kalamku bermunajat' ini :-

Tika bisu malam mengunci lena,
Bibirku…  menyebut nama-Mu oh tuhan,
ku mainkan lembut tasbih di celah jariku,
Saat hatiku memuji namaMu

Benar Kau pemilik segala kesempurnaan,
dan aku cuma hambaMu sering khilaf
meletak sasaran.

Kasih,
dingin zulmat melingkariku
ku sujud rendah diri tanpa Teman membisu
sunyi..
ku pohon merayu cintaMu Ilahi,
pada kalamku yang bermunajat tiada henti,

ikhlas ku dambakan rahmat-Mu… oh Kasih,
ikhlas ku tangis kasih-Mu

Pada dada malam, berlagu pilu,
airmata inilah bukti,saksi rasa celaru
Engkau satu-satunya tempat ku mengadu
tiada dua, cuma hanya SATU..oooooo0o0ooo0

Saat badai menghempas takdirku,
Mengisi ruang cela hati,
Lemah kecundang sebagai abdi.
Menagih cahaya petunjukMu,

*Kasih,
ku jujur ku harapkan petunjuk-Mu,
Agarku temui langkahku ini ke syurga abadi


 
Jikalau anda ingin mendengar melodinya. Nantikan persembahan Synergy kep. Wassalam.
 

Sunday, August 29, 2010

Gemersik Senandung Libasan

Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya Dialah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan ugamanya) dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan sudah payah dalam perkara ugama, ugama bapa kamu Ibrahim. Ia menamakan kamu: "Orang-orang Islam" semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dialah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifatNya) Dialah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan.
 Untaian Panorama...:)


Teman...
Segeralah mengambil peluang dan berjaga-jagalah
Bisa terlepas peluang tersebut
Kerana akan tiba kemuliaan saat dikau kecapi peluang itu

Teman...
Ambil lah peluang tatkala rebung mampu dilentur
Bukan Sahabatku, bukan tika buluh membadai usiamu
Kerana pabila Ia bertambah
Umpama Uban di kepala gugur berkurangan.

Teman...
Sesungguhnya dunia ini penuh angan-angan
Sangat sedikit yang kekal
Malah yang tinggal hanya perkhabaran-perkhabaran duniawi
Maka bersegeralah membanting Tulangmu 
Dan ketahuilah
Bahawa sesiapa yang bersegera memburu seawal pagi
Layak lah kamu bergelar Pemburu.

Teman..
Renungilah
Maka telah bersungguh-sungguh orang berakal
Pada apa yang diamanahkn kepadanya
Terbentanglah lembayung rezeki buat mereka
Namun Sahabat
Jika lalai dek kesibukkan kerjanya
Bahang kesempitan emas mula ditangisi

Teman...
Orang yang masih dan terus berhajat
Mereka ini tidak asing dari negerinya
Umpama burung di dalam sangkar
Betulkn niatmu dan hiduplah dalam keselesaan
Sangat sedikit hasil tanamannya
Buat mereka yang tamak dan putus asa

Teman...
Kadang-kadang membahayakan sesuatu itu 
Pabila insan menantikan manfaatnya
Alangkah ramainya orang yang haus
Sedangkan air jernih keluar dari mulutnya

Teman...
Ujilah sesiapa yang kamu kehendaki
Bakal kamu ketahui mereka tergolong dalam kelompok siapa
Kurang sempurna Akhlak itu
JIKA DIA TIDAK MENELITI...

:):):)

Friday, August 27, 2010

Adakah Baginda Idola Anda??...Buktikan!!!

Selawat dan salam buat junjungan besar kite baginda Muhammad S.A.W.....:)

Kalamku
Kalam umatmu ini
Kalam ini mengalunkn Namamu penuh syahdu
Ya Muhammad S.A.W.
Zikir ini bersahutan Dek Kerinduan Terhadapmu
Akhlak keperibadianmu tiada tolak bandingnya
Contoh tauladan sepanjang Zaman
Wahai Kekasih Allah
Mengapa Dirimu Begitu kasih akn Umatmu
Sedangkn Umatmu kini begitu alpa dan kabur
Mereka dengan Bangganye berdiri megah
'Oh artis itu la pujaan dan idola saya'
Apa semua ini

Titis air mata ini
Lalu Sejenak merenung ke dada Langit
Ya Allah
Di mana Remaja Berani Seperti Umar Al-khatab
Di mana Remaja Gagah Seperti Salahuddin Al-Ayubi
Di mana Remaja Sepintar Muhammad Al-Fateh
Di mana Remaja Secerdik Ibnu Sina
Di mana Remaja Sehebat Imam As-Syafie
Di manakah Mereka???
Ke mana Hilangnye Tautan Ukhwah Islam yg terbina

Umat Akhir Zaman Sekalian
Beringatlah
Bermunajatlah
Muhasabah lah
Sebelum Kelazatan yakni maut datang menyapa
Cintailah Allah
Cintailah Rasulullah S.A.W.
Cintailah Ibu Bapa
Kemudian Cintailah Dirimu
Diri yang Dijaga dari Kesilapan dan Kebinasaan

Muhammad S.A.W. Pahlawan Unggul
Tidak Lain tidak Bukan Syafaatmu yang Ku pinta
Moga Sampai ketemu Di Syurga yg Kekal Abadi
Dirimulah Idolaku
Idola Hamba Allah yg Kerdil ini
Hatta jantung ini berhenti degupnye
Amin Ya Rabb Al-'Alamin.



"Barangsiapa mencari kematian nescaya bertemu dengan kehidupan"
Kata-kata Sayyidina Abu Bakar.


  • Marilah Sama2 ubah Paradigma kite...Jadikan Rasulullah sebagai Idola kite   
      
  • Jangan tunggu sehingga air mata darah...Namun sebaliknye, bangkitlah...JOM kte perbetulkn keadaan..berjihad Di jalan Allah.                                                                                                          
    Dunia Kini, sebut sahaja artis ape2 pun nme die...kompem konal..Cuba try tgk tanya Siapa Tariq bin Ziad?....Siapa Zaid bin Harisah?..Siapa Zubair bin Al Awwam?, Abdul Rahman bin Auf, Ubaidillah bin Harith, Amr bin Nufail..Siapa sume ni...kenal x??..adei..begini la...Sejarah Islam Hanya DiAjar ketika menengah...Apa lah salahnye klu didikan Sirah Nabawiah ini diterapkn sejak tadika lg.

    Klu tyme cuti Maulidur Rasul dlu..tnye la member sebelah..'kita cuti ape yek arini'..kawan tu pun balas la...'ko ni pun satu la, cuti sempena maulidur Rasul la...xkn itu pun xtaw...xtgk kalender ke pe?'...Saya pon tnye lagi..'hurm...klu arini maulid Nabi kn...kalendar Hijriah arini ape yek??'...Kawan sye pon balas la dengan tersangkut2...'aduh...aku lupe la adi...berape yek?..'..

     Itu lah...sebut je...idola aku Muhammad...Aku cinta Nabi Muhammad S.A.W....tp Biodata Baginda Kite Tahu x???...sambut cuti ape bagai...tp kenapa adegan seperti td masih berlaku Di kalangan masyarakat...baiklah...ingin saya kongsi serba sedikit Pasal Baginda Nabi Junjungan Besar Rasulullah S.A.W.'Xkenal Maka Xcinta'..kn2?


Surah Al-Anbiya, ayat 107 bermaksud:
Surah Al-Anbiya, ayat 107


"Dan tidak kami (Allah) utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam."

  • Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam (bahasa Arab: نبي محمد صلى الله عليه وسلم‎) adalah pesuruh Allah yang terakhir.
  • Nabi Muhammad telah diputerakan di Makkah, pada hari Isnin, 12 Rabiulawal (20 April 571M)
  • Ibu baginda, iaitu Aminah binti Wahb, adalah anak perempuan kepada Wahb bin Abdul Manaf dari keluarga Zahrah
  • Ayahnya, Abdullah, ialah anak kepada Abdul Muthalib
  • Keturunannya bersusur galur dari Nabi Ismail, anak kepada Nabi Ibrahim kira-kira dalam keturunan keempat puluh.
  • Ayahnya telah meninggal sebelum kelahiran baginda. Sementara ibunya meninggal ketika baginda berusia kira-kira enam tahun, menjadikannya seorang anak yatim.
  • Ibu Susu Nabi, Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab) , Halimah Binti Abu Zuaib As-Sadiah (lebih dikenali Halimah As-Sa'diah)
  • Baginda dikenali sebagai As Saadiq (yang benar) dan Al Amin (yang amanah)
  • Khadijah Isteri Baginda dan Dikurniakn  6 orang anak (2 lelaki dan 4 perempuan) tetapi kedua-dua anak lelaki mereka, Qasim dan Abdullah meninggal semasa kecil. Manakala anak perempuan baginda ialah Ruqayyah, Zainab, Ummu Kalsum dan Fatimah az-Zahra.
  • Menjadi Rasul ketika berumur 40 tahun.
  • Berhijrah ke Madinah Al-Munawarrah dan Ditemani oleh Sayyidina Abu Bakar Al-Siddiq pada 622M
  • Sampai di Madinah Pada 12 Rabiulawal(24 September 622M). 
  • Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H / 8 Jun 632M.

Sabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai
aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas)   


 

        Moga dengan harapan menjadi tatapan dan masuk terus ke peti simpanan agar cinta kite terhadap Rasulullah S.A.W. lebih bertambah dan teguh seteguh2nye...AMIN.


Thursday, August 26, 2010

Syukur Ya Allah

  • :)..Dengan kudrat dan nafas yg masih diberikn oleh Allah.                         
  • :)..Dapatku meluangkn mase utk berkongsi cerita serta buah fikiran utk bacaan sahabat2 sekalian.                           
  • :)..Moga karya dan adaptasi yg tidak seberape ini diberkati oleh Allah.                            
  • :)..Mudah-mudahan ilmu serta manfaatnye dikongsi bersama.                                                                         
  • :)..Rabbi Yassir Wala Tua'ssir Ya Kareem