:)

Sunday, August 29, 2010

Gemersik Senandung Libasan

Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya Dialah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan ugamanya) dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan sudah payah dalam perkara ugama, ugama bapa kamu Ibrahim. Ia menamakan kamu: "Orang-orang Islam" semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dialah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifatNya) Dialah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan.
 Untaian Panorama...:)


Teman...
Segeralah mengambil peluang dan berjaga-jagalah
Bisa terlepas peluang tersebut
Kerana akan tiba kemuliaan saat dikau kecapi peluang itu

Teman...
Ambil lah peluang tatkala rebung mampu dilentur
Bukan Sahabatku, bukan tika buluh membadai usiamu
Kerana pabila Ia bertambah
Umpama Uban di kepala gugur berkurangan.

Teman...
Sesungguhnya dunia ini penuh angan-angan
Sangat sedikit yang kekal
Malah yang tinggal hanya perkhabaran-perkhabaran duniawi
Maka bersegeralah membanting Tulangmu 
Dan ketahuilah
Bahawa sesiapa yang bersegera memburu seawal pagi
Layak lah kamu bergelar Pemburu.

Teman..
Renungilah
Maka telah bersungguh-sungguh orang berakal
Pada apa yang diamanahkn kepadanya
Terbentanglah lembayung rezeki buat mereka
Namun Sahabat
Jika lalai dek kesibukkan kerjanya
Bahang kesempitan emas mula ditangisi

Teman...
Orang yang masih dan terus berhajat
Mereka ini tidak asing dari negerinya
Umpama burung di dalam sangkar
Betulkn niatmu dan hiduplah dalam keselesaan
Sangat sedikit hasil tanamannya
Buat mereka yang tamak dan putus asa

Teman...
Kadang-kadang membahayakan sesuatu itu 
Pabila insan menantikan manfaatnya
Alangkah ramainya orang yang haus
Sedangkan air jernih keluar dari mulutnya

Teman...
Ujilah sesiapa yang kamu kehendaki
Bakal kamu ketahui mereka tergolong dalam kelompok siapa
Kurang sempurna Akhlak itu
JIKA DIA TIDAK MENELITI...

:):):)

No comments:

Post a Comment