:)

Monday, September 5, 2011

Awak-Awak.....Kita nak cakap sikit dgn awak...

~kita rindu awk la..Jom ikut i...Love u~

^__^..
Salam sahabat semuslim sekalian...
Apa khabar iman kita pada hari ini..pada saat ini...masihkah kita memohon supaya matinya kita dalam keadaan seorang yg beriman dan bertnggungjwb keats diri sndiri sbgai individu muslim...

hehe... (^_^)..msti pelikkn tajuk dia mcm sering kali kita dgr..
apo kono e'~~jang si adi ni haa..tibo2 maen lap2 ( love) plak dio..buang tabiat ko...


~kdg2 tu kita sndiri yg lafazkn
~kdg2 tu kita dgr dari sahabat kita berckp dlm telefon
~kdg2 tu kita dgr masa lepak2 kt kedai makan (mamak...seksyen 15 bangi byk mamak jeee)..hee ^_^
~kdg2 tu kita tgk dlm drama , movie
~kdg2 tu....kita...haaa..pkir la sndiri..byk sgt kdg2 dh...^_^

terpanggil saya untuk menulis hal ini kerana saya rasa kagum dgn remaja zmn skrg..( termsuk sye ^_^)
terpanggil saya untuk menulis ceritera ini kerana saya rasa sedih dgn remaja zmn skrg...( termsuk sye ^_^)


Duhai seisian pendeta masyhur
Hatta hamparan emas sekalipun
Satria masih menangkis tohmahan
Bisikan ini bukan menjadi jalan
Bahkan menjadi gelak tawa
bicara hanya bertitikan emosi jiwa
sekadar mengisi radiasi jahil di hati

Memang di lorong-lorong gelap itu ada
Memang di pusat-pusat hiburan itu ada
Memang di tong-tong sampah itu ada
Memang di rumah-rumah pertumpangan itu ada
Memang di semak-semak itu ada
Memang di sana situ sekalipun ada
Memang mereka ada di sana dan sini



Pendeta duniawi
masih mahu menuding jari menyalahkn
teruskan
tiada yang melarang perwira duniamu

Tapi pernahkah kita mendoakn mereka supaya hidayah tiba di hati
Hati-hati yang lahir suci tanpa sezarah kekotoran
Hati yg sering ingt dan lupa akan penghambaan
Hati yg masih kita alpa utk menaklukinya

kagum semesta ini
terpancar senyuman di tabir satria
sedih semesta ini
resah nan pilu dek kelemahan yg lupe diperbaiki.



::.:: Secara pendapat peribadi..masalah remaja sosial pada zaman kini bukanlah 100% disebabkan oleh pelaku itu sendiri..namun diri setiap muslim itu sendiri sebenarnya..

Jika anda bgun pg..lalu anda melakukan aktiviti seperti biasa. dan di hujung harinya anda tidur..seterusnya,  tiap2 hari aktivitinya sama sahaja..anda lebih arif akan jadual harian anda bukan?., tipulah jika anda mengatakan lngsng tidak bosan dgn bnda sama...pasti terdetik bukan?..'boring la idup cmni..tiap2 ari bnda sama'...::..::

jika ini masalahnya

PERSOALKAN DIRI

sudahkn kita mentabiyah diri pada hari ini dan juga mentarbiyah org lain pada hari ini juga??..

Hakikatnya sahabat,
tajuk sy inilah yg menjadi pengantar ataupun dialog awal bg mereka yg telah terjebak dlm dunia2 ini yang hasilnya, penzinaan, ank luar nikah, buang bayi dan sama waktu dgnnya..

jangan menuding jari 100% kpd mereka...tp sedarlah bahawa..masalah ini..adalah masalah ummah..kita patut rasa terpnggil untuk menyedarkan golongan ini dgn cara ape sekali pun..^_^

" Mata boleh berzina dengan melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan, kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat, Hati pula boleh berzina dengan merindui, mengingati dan membayangi si dia. " ( hadith riwayat Buhkari dan Muslim)

MASALAH INI PERLU PENYELESAIAN

contohnya : (antaranya sahaja, byk lagi sebetulnya)..^_^...

. lelaki A nk kawen ngn perempuan A lepas SPM tetapi ibu dan bapa perempuan A xbg tros dengan tegasnya tanpa bertnyakn tentang hasrat mulia lagi suci itu.
. lelaki B nk kawen ngn perempuan B tetapi duit xcukup di pihak lelaki B..opss xjadi la nk kawen
. lelaki C  rasa ilmu agama die kurang dan malu untuk berhadapan dengan pihak ramai sewaktu bernikah kelak


1. Masalah bagi kategori A adalah masalah paling ketara zaman kini. Masyarakat melayu yg beragama islam sekarang telah melahirkan suatu sifat di mana anak-anak mereka perlu habis belajar dahulu baru boleh nikah. Memang, dengan era pemodenan dan kemajuan tidak lari dari keperluan duit bagi menanggung kos sara hidup. Namun, tidakkah mereka berfikir dan bertanya akan sebab kenapa anak itu mahu mendirikan masjid suci. Itulah kesilapan ibu bapa, hanya tahu mempersoalkn, " kau nk bg ank ko makan ikan bilis je tiap2 ari" , " kau nk dtg kt ayah tiap2 bulan mintak duit jge bini ko"...astaghfirallahalazim. Anak itu rezeki, jika anak itu berniat kerana Allah, maka langsungkannya jika ibu bapa mampu menanggungnya. Bukankah membelanjakn harta ke Jalan Allah itu diredhai seperti kisah2 sahabat Rasulullah..memberi segala bentuk harta dalam perjuangan dakwah islam tanpa meninggalkn sedikit pon untuk diri sendiri kerana mereka yakin akan janji Allah...^_^

"Dan nikahkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (menikah) dari hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika Mereka miskin Allah akan mengkayakan mereka dengan kurniaaNya. Dan Allah Maha Luas ( PemberianNya) dan Maha Mengetahui." ( An Nuur (24) : 32 )


Solat 2 rakaat yang diamalkan orang sudah berkeluarga lebih baik daripada 70 rakaat yang diamalkn oleh jejaka ( atau gadis) (HR. Ibnu Ady dalam kitab Al Kamil dari Abu Hurairah).


2. Masalah bagi kategori B adalah duit. Money..money..money...^_^...inilah masalah untuk mereka yg masih belajar kerana masih tidak mempunyai sumber pendapat tetap. Anak muda sekarang perlu lebih inovatif dalam menyelesaikan segala bentuk permasalahan. Jika anda seorang yg berlatar belakangkan keluarga yg tidak mampu. Jangan salahkn ibu bapa kerana tidak dapat membantu sara majlis perkahwinan itu. Sebaliknya, fikirkan idea-idea yg bernas untuk mencari dana untuk 'tabung nikahku'. Apa sahaja asalkn halal. InsyaAllah usaha itu tidak sia-sia..^_^..'tabung nikahku'..comel sgt bunyinya...hee


Rasulullah SAW bersabda" Wanita paling agung barakahnya, adalah yang paling ringan maharnya" ( HR. Ahmad, Al Hakim, Al Baihaqi dengan sanad yang sohih)
Dari Aisyah, Bahawasanya Rasulullah SAW. telah bersabda, " Sesungguhnya berkah nikah yang besar ialah yang sederhana belanjanya ( maharnya) " ( HR. Ahmad) 
Rasulullah pernah berjanji : " Jangan mempermahal nilai mahar. Sesungguhnya kalau lelaki itu mulia di dunia dan taqwa di sisi Allah, Maka Rasulullah sendiri yang menjadi wali pernikahannya. " ( HR. Ashhabus Sunan) 
Dari Anas, Dia berkata : " Abu Thalhah menikahi Ummu Sulaim dengan mahar berupa keIslamannya" (Ditakhrij dari An Nasa'i )..

SUBHANALLAH...

" Wahai generasi muda ! Bila di antaramu sudah mampu menikah, hendaklah ia nikah, kerana mata akan lebih terjaga, kemaluan akan lebih terpelihara. " (HR. Bukhari dan Muslim dari Ibnu Mas'ud)




3. Masalah bagi kategori C adalah dianggap masih berat dalam kalangan masyarakat yg IC nya beragama islam tetapi pemahaman mengenai ilmu islam kurang. Sebaiknya, kita sebagai org yg phm akn islam perlu rasa bersalah terlebih dahulu kerana kita tidak menyampai sesuatu mengenai islam terhadap golongan ini. Kenapa tidak?..daie masih berangan-angan mengejar kemewahan dan publisiti dunia. Jika masalah ini dibiarkan, maka kes buang anak, seks bebas makin berleluasa. Sistem pendidikan hanya mampu seronok dgn sandiwara pengecapan teknologi setaraf dunia kononnya, tetapi akhlak remaja merudum jatuh. itukah dianggap pemodenan insaniah?...Moden itu tidak salah..Namun, penekanan perlu dalam memodenkan dunia dan seisinya berlandaskn islam itu penting!

 Remaja ini adalah panji-panji islam...yang lelaki mujahid islam..yang perempuannya tiang kepada mujahid yang rndukn syahid..

JIKA ANDA rasa masalah ini mampu diselesaikn dengan penerapan agama yg berkesan maka jalankn dan pergiatkn mana-mana aktiviti berkaitan isu ini.
JIKA ANDA rasa masalah ini mampu diselesaikan dengan perkahwinan..maka langsungkannya dengan sesederhana yg mgkin
JIKA gerak hati anda terpikir yg berlainan dari saya...maka teruskn..^_^...

Sekadar intipati penutup~


' Xkenal Maka Xcinta'
mencari Cinta manusia akan pergi
mencari Cinta Allah kekal abadi...


" Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar ( keldai ). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang. " ~ Sahih Muslim ~





1 comment: