:)

Saturday, April 9, 2011

Nakhoda Bakal Berlayar Di Jalan Yang Sebenar

Alhamdulillah ..syukur ya Allah masih diberikan peluang untuk menghirup udara Mu tanpa bayaran ini , berjalan di atas muka bumi Mu tanpa bayaran , melihat alam ciptaan Mu yg indah ini tanpa bayaran




 وَآيَةٌ لَّهُمُ الْأَرْضُ الْمَيْتَةُ أَحْيَيْنَاهَا وَأَخْرَجْنَا مِنْهَا حَبًّا فَمِنْهُ يَأْكُلُونَ ﴿33

Dan dalil yang terang untuk mereka (memahami kekuasaan dan kemurahan kami), ialah bumi yang mati; kami hidupkan dia serta kami keluarkan daripadanya biji-bijian, maka daripada biji-bijian itu mereka makan.




masih diberikan rezeki iaitu sumber makanan serta minuman yg dihasilkan oleh tumbuh-tumbuhan mahupun binatang ternakan..sekali lagi tanpa bayaran ya Allah..cukup besar nikmat Mu terhadap hamba Mu ini..masakan kami di sini masih tidak mensyukuri nikmatMu ya Allah..Ampunkan dosa hambaMu sekalian alam kerana terlupa dan leka akan nikmat yang sebenarnya datang dari zat Kebesaran dan Kekuatan Mu itu..



 لِيَأْكُلُوا مِن ثَمَرِهِ وَمَا عَمِلَتْهُ أَيْدِيهِمْ أَفَلَا يَشْكُرُونَ ﴿35
Supaya mereka makan dari buah-buahannya dan dari apa yang dikerjakan oleh tangan mereka; maka patutkah mereka tidak bersyukur?




marilah sama2 kita lafazkan rasa syukur ats nikmat Allah yg tiada tolok bandingnya Ini..:)


Deras air mata kesedihan
Bertemankan jiwa pilu sepi
Hati luluh hilang sinaran
Terumbang ambing di persimpangan ini

Dinoda oleh hawa nafsu
kegelapan menyelebungi

bisikan fitrah sanubari
kembalilah semula wahai diri
ke jalan yang benar lagi hakiki

Ya Allah,
Tangis keinsafan
ku persembahkan
Sujud dalam kerendahan
Mengharap keampunanmu

Hamba kerdil ini
Merayu dan memohon
Perkenankan lah
Semoga diri ini menuju
Jalan itu..

~smart2neurons~


 [11]
Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.


menurut ayt di atas..:)
part yang perlu kita tekankan adalah di mana Allah berfirman

                                        إِنَّ اللّهَ لاَ يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنْفُسِهِمْ
" sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri "

Allah menjadikan adanya perubahan keadaan, yang baik mahupun yang buruk, pada suatu kaum dengan sebab yang diusahakan oleh kaum itu sendiri. Jika suatu kaum dalam keadaan baik, penuh dengan kenikmatan, kemudian mereka melakukan sesuatu yang menyebabkan hilangnya kebaikan tersebut, maka Allah akan merubah keadaan mereka menjadi buruk dan sengsara, dan demikian pula sebaliknya.

Ketahuilah pintu taubat Allah itu masih terbuka hatta kiamat itu tiba. 'So' :D tnggu ape lagi sahabat2 mari kita berubah dan ajak kawan2 kita sekali. takkan nk masuk syurga sorang2 kan sama juga konsepnya mcm dlm pelajaran..masakan boleh melihat kawan satu universiti kita sedih kerana terpaksa mengulang tahun sedangkan kita berjaya..





Syaikh al Albani berkata,"Di antara perkara yang disepakati, tanpa ada perselisihan di antara kaum Muslimin '–wa lillahil hamdu-' bahwa makna jika kamu menolong agama Allah, adalah jika kamu mengamalkan apa yang Allah perintahkan kepadamu, nescaya Allah akan menolong (memenangkan) kamu atas musuh-musuhmu.”

insya-Allah kapal ku bakal berlabuh di perhentian yg kekal lagi abadi..maka sebelum itu..wahai anak2 kapalku mari kita persiapkan diri menempuhnya dengan tabah dan sabar berlandaskan ilmu serta peta yg dibekalkan


1 comment: